~ Auto Buzz ~: KAWASAKI MOTORS MERASMIKAN NINJA SHOP PERTAMA DI MALAYSIA

Wednesday 29 April 2015

KAWASAKI MOTORS MERASMIKAN NINJA SHOP PERTAMA DI MALAYSIA



NinjaShop2

Encik Takeshi Asano (tiga dari kiri) yang merupakan Pegawai Eksekutif, Bahagian Pemasaran & Jualan , Motosikal & Enjin Kawasaki Heavy Industries Ltd, Jepun turut hadir bersama merasmikan Ninja Shop Malaysia.

Terletak di Taman Sri Serdang, berdekatan Seri Kembangan, Selangor, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah merasmikan Ninja Shop pertama mereka di dalam negara. Dengan keluasan 3,000 kaki persegi, Ninja Shop yang baru ini menyediakan servis oleh Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC). Ninja Shop ini dimiliki oleh Serdang Motorcycle Sdn Bhd.

NinjaShop1

Encik Tiger Lee, Pengarah Serdang Motorcycle Sdn Bhd berkata bahawa segala perancangan dan pengubahsuaian Serdang Motorcycle mengambil masa lebih kurang setahun dan kos kira-kira RM 1 juta. Bermula sebagai sebuah bengkel motosikal kecil 34 tahun yang lalu oleh beliau, Serdang Motosikal sememangnya telah berkembang aktif, yang kini termasuk sebuah Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki yang baru. Pusat perkhidmatan ini dilengkapi dengan alat khas khusus dari Kawasaki untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

NinjaShop5

Encik Tiger Lee kemudian menyerahkan kunci kepada 20 pemilik awal Kawasaki Vulcan S 650.

Turut dipamerkan semasa perasmian ialah unit pertama Kawasaki Z1000 yang dilengkapi ABS, yang boleh didapati dengan warna Lime Green, serta Ninja ZX-10R edisi 2015 yang memaparkan warna grafik ulangtahun ke-30 model jenama Ninja.

NinjaShop3

Kawasaki Ninja Z1000 yang dilengkapi ABS

NinjaShop7

Kawasaki ZX-10R dengan warna ulangtahun ke-30 Ninja


NinjaShop8Kawasaki Ninja Shop yang baru ini terletak ni No.460, Jalan 18/2A, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Beroperasi pada hari Isnin sehingga Sabtu. Tutup pada hari Ahad dan cuti umum.

The post KAWASAKI MOTORS MERASMIKAN NINJA SHOP PERTAMA DI MALAYSIA appeared first on Biker Malaysia.



Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com

Share This: