SYM International telah memperkenalkan sebuah model skuter terbaharu yang bernama SYM CRUiSYM 300i semasa di acara Intermot 2016, Cologne pada bulan Oktober 2016 yang dimana banyak peminat skuter meberi perhatian tinggi terhadap model tersebut. Model skuter ini dengan reka bentuk luaran yang canggih dilengkapi dengan ciri-ciri baharu untuk mencabar pasaran skuter hari ini. Menurut Encik Asri Ahmad, iaitu Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, “SYM CRUiSYM 300i akan dilancarkan di Malaysia pada suku kedua tahun 2017 secara eksklusif selepas kemunculan pertamanya dalam acara Intermot Jerman tempoh hari”.
Konsep reka bentuk SYM CRUiSYM 300i adalah sebuah model revolusi yang agresif dan sporti. Dua pilihan warna eksklusif, iaitu merah dan kerabu matte dilengkap dengan pelindung bercorakkan ‘carbon fiber’. Rekaan menarik termasuk sepasang lampu ‘fisheye’ yang diilhamkan daripada lampu LED ‘eyebrow’ SYM yang direka unik di atas dan lampu belakang berbentukkan heksagon LED dengan 3D.
Reka bentuk luaran SYM CRUiSYM 300i yang bergaya dan futuristik, juga menjamin pengendalian tunggangan yang terbaik dan pengalaman menunggang yang lebih selesa, serta prestasi dinamik yang tidak dapat dibayangkan. Selain sepasang cermin sisi yang boleh dilipat, terdapat juga sebuah cermin penghadang angin boleh dilaras dan tempat letak kaki yang selesa untuk perjalanan jarak jauh. Skuter ini dilengkapi dengan ruang simpanan di bawah tempat duduk yang amat besar untuk menyimpan dua unit topi keledar, baju hujan dan barang-barang peribadi lain.
Dari segi reka bentuk, model skuter baharu ini memang hebat seperti kenderaan empat roda. Ciri-ciri yang unik termasuk corong udara disebelah dua sisi, ‘gloves box’, port USB, pengecas 12V dan banyak lagi untuk kemudahan anda semasa menunggang.
Motosikal ini dijangka akan dijual pada harga RM15,000 – 20,000 seunit.
The post SYM MALAYSIA LANCAR CRUISYM 300I PADA 2017 appeared first on Biker Malaysia.
Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com



