~ Auto Buzz ~: REKOD DUNIA WHEELIE TERPANTAS PECAH LAGI

Saturday, 27 August 2016

REKOD DUNIA WHEELIE TERPANTAS PECAH LAGI



Flying Dutchman Egbert van Popta telah membuat rekod wheelie dunia terpantas pada kelajuan 213mph (342.8km/j). Rekod tersebut sekaligus memecahkan rekod lalu dengan perbezaan 4mph (6.4km/j).

Egbert telah melakukan aksi wheelie ini sejauh 1km dengan kelajuan tertinggi seperti mana yang anda lihat pada video di atas.

Wheelie

Egbert telah memukau penonton dengan aksi wheelie terpantas beliau di Kejohanan Wheelie Sedunia kali ke-11 (Motorcycle Wheelie World Championship) di Yorkshire pada minggu lepas.

Antara yang pertama mengucapkan tahniah kepada beliau adalah bekas pemegang rekod dunia Gary Rothwell dari Liverpool yang mana menduduki tempat kedua terpantas pada 2016.049 mph (331.603km/j).

Wheelie-1

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Cecil “Bubba” Myers dari Minneapolis. Satu-satunya peserta bukan dari United Kingdom yang memenangi top 3 pertandingan tersebut.

Terdapat lebih 30 penunggang dari USA, UK, Holland dan Ireland menyertai kejohanan tersebut namun hanya 15 orang sahaja yang berjaya melengkapkan jarak 1 kilometer wheelie.

The post REKOD DUNIA WHEELIE TERPANTAS PECAH LAGI appeared first on Biker Malaysia.



Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com

Share This: