~ Auto Buzz ~: BINTANG BOLASEPAK DAVID BECKHAM BERAKSI DENGAN TRIUMPH SCRAMBLER DI HUTAN AMAZON

Thursday, 2 June 2016

BINTANG BOLASEPAK DAVID BECKHAM BERAKSI DENGAN TRIUMPH SCRAMBLER DI HUTAN AMAZON



Bekas bintang bolasepak eropah David Beckham kini muncul dalam rancangan terbaru BBC1 yang bertajuk “David Beckham: Into the Unknown”. Siri dokumentari ini akan mula disiarkan di saluran Stan bermula bulan hadapan.

Dalam rancangan tersebut, David Beckham 38 tahun, menunggang motosikal Scramble Triumph ke dalam hutam Amazon sambil ditemani oleh tiga orang rakan lain iaitu seorang pakar motosikal dari Los Angelos, pengarah rancangan tersebut dan juga salah seorang rakan lama bintang sukan yang pernah mewakili kelab ternama Manchester United itu.

image

Walaupun disiarkan dalam rancangan tv berbayar, rancangan tersebut yang mula ditayangkan pada tahun 2014 telah mendapat sambutan hangat dari kalangan penonton lelaki dan wanita sehingga ke hari ini.

Dalam tidak langsung, rancangan tersebut telah menaikkan imej jenama motosikal Triumph yang mana sama seperti yang dilakukan oleh aktor Ewan McGregor dan Charley Boorman menerusi rancangan ‘Long Way Series’ dimana mereka menunggang motosikal BMW GS pada ketika itu.

Beckham adalah seorang penunggang biasa yang mana skill tunggangnya masih boleh dikatakan junior. Dalam rancangan tersebut kelihatan dia jatuh berulang kali di dalam lumpur dan masih mampu meneruskan tunggangan.

BBC

Agak kagum juga apabila melihat bintang sukan bertaraf jutawan menunggang motosikal kelas pertengahan seperti Scrambler Triumph ini. Jauh bezanya dengan jutawan lain yang bergaya dengan jentera Ferrari atau Ducati mereka.

David Beckham mengaku yang dia sangat teruja menunggang motosikal kerana apabila mengenakan helmet, dia tidak lagi dikenali sesiapa. Padanya itulah privasi yang paling seronok dia alami sepanjang hidup beliau. Walaubagaimanapun agak lucu menonton rancangan tersebut kerana walaupun berada dalam keadaan comot dan berlumpur, tetap masih ada peminat yang dapat mengecam yang itu adalah David Beckham.

David Beckham memang seorang peminat motosikal sejak dahulu lagi namun oleh kerana jadual kerjanya yang agak sibuk dia terpaksa melupakan sebentar minatnya. Namun sekarang dia bukan sahaja membantu Triumph mempromosikan motosikal mereka malahan telah menjadi duta kepada jenama pakaian motosikal Belstaff.

BBC-1

David Beckham telah bersara dari arena bolasepak pada bulan Mei 2013 selepas 22 tahun berada di dalam arena tersebut.

Dokumentari tersebut bermula dengan Beckham berpesan kepada anak lelakinya Brooklyn, 15, supaya menjaga rumah sementara beliau berada di luar kawasan. Anak perempuannya risau yang dia akan dimakan oleh badak air yang lapar manakala isterinya Victoria lebih risaukan rambutnya yang terdedah pada cuaca yang lembab!

Pengembaraan Beckham bermula dengan menginap di sebuah hotel 5 bintang dan terus menunggang masuk ke hutan Amazon. Di dalam hutan mereka tidur menggunakan buaian gantung dan menunggang dalam keadaan yang sangat kotor dan berlumpur.

p0208433

The post BINTANG BOLASEPAK DAVID BECKHAM BERAKSI DENGAN TRIUMPH SCRAMBLER DI HUTAN AMAZON appeared first on Biker Malaysia.



Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com

Share This: