Eksekutif dari BMW Motorrad dari Britain telah memeberi gambaran yang syarikat tersebut bakal melancarkan motosikal lasak GS Adventure dari versi G310R mereka selewat-lewatnya pada tahun 2017.
Walaupun G310R masih belum dipasarkan secara rasmi, BMW telah mula merancang untuk melancarkan versi lain modeluntuk model tersebut.
GS adalah singkatan kepada Gelände/Straße atau Gelände Sport yang membawa maksud off road.
Dalam satu artikel dari Motorcycle Sport and Leisure memetik yang kenyataan Pengarah BMW Motorrad UK Phil Horton berkata “masih bayak lagi versi motosikal kami yang akan bakal dilancarkan pada tahun 2017 termasuklah G 310 R dalam versi GS”.
Motosikal dengan kapasiti enjin kecil dijangka akan menjadi pasaran niche dalam industri motosikal di masa hadapan.
KTM juga sudah mengumumkan sedang menghasilkan versi adventure untuk model 390 mereka manakala Suzuki, Kawasaki dan Yamaha juga sedang mempertimbangkan model-model adventure. Dan Honda pula sudah melancarkan model CBR500X.
Seperti yang diharapkan, model-model ini datang dengan suspensi yang lebih panjang, tayar off road, hendal jenis motocross, ekzos tinggi dan terpaling penting beberapa kit pelindungan.
Motosikal jenis adventure mula mendapat perhatian dari seluruh dunia yang mana penunggang kini mengharapkan jentera enjin kapasiti kecil mereka boleh digunakan di semua jenis jalanraya. Tambahan pula bukan mudah untuk mengawal jentera motosikal berkuasa tinggi lebih-lebih 1200cc ke atas.
Motosikal enjin kapasiti kecil sudah pastinya dapat digunakan dengan efisien walaupun diatas lebuhraya atau laluan sukar di pendalaman.
Lebih-lebih lagi dengan semakin berkurangnya permintaan motosikal jenis skuter di pasaran yang sedang meningkat seperti India, Cina, Afrika dan juga Amerika Selatan.
BMW G310R 2016 adalah perkongsian usahasama antara syarikat motosikal India TVS. Jentera ini dikuasakan oleh enjin satu silinder sesaran sejuk 313cc yang mana mampu menghasilkan 25kW dan 28Nm tujuhan pada 7500rpm.
G310R bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.
The post BMW BAKAL PERKENAL VERSI LASAK G310R KAPASITI KECIL appeared first on Biker Malaysia.
Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com
