Jentera ultra-eksklusif Honda RC213V-S yang menjadi sebutan ramai pada Expo Intermot lalu secara rasminya telah dijual kepada seorang pengedar rasmi Honda di Manchester, England. Ini telah menjadikan John Brown sebagai pemilik pertama jentera premium tersebut.
Brown telah menerima penghantaran jentera tersebut sehari sebelum hari Krismas, dan RC213V-S tersebut menambah lagi koleksi peribadi Honda beliau termasuklah RC30, SP-1, SP-2, CBR900RR Fireblade dan VF1000F.
Brown berkata: “Apabila saya mula-mula mendengar tentang projek ini saya, perkara pertama yang melintas di fikiran saya ialah ‘sebaik sahaja ianya dipasarkan, saya pasti memilikinya’. Ini merupakan peluang yang benar-benar menakjubkan untuk memiliki sebuah jentera bersejarah perlumbaan HRC. Dan apabila RC213V-S dilancarkan, saya tanpa berlengah mendaftar di laman web Honda, dan apabila saya menerima panggilan daripada Honda yang memaklumkan pesanan saya telah diterima, ianya menjadi satu hari yang bersejarah untuk saya.”
“Saya mula menceburkan diri dalam perniagaan keluarga ini sejak saya berumur 17 tahun lagi, dan sejak itu saya menjadi pengedar utama Honda. Pusat edaran saya telah menjadi antara ketiga terbaik di United Kingdom untuk beberapa tahun dan sudah pastinya model ini pasti akan menjadi tambahan yang terbaik pada koleksi peribadi saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat di Honda yang menjadikan mimpi saya kenyataan.”
Dijual pada harga £150,000, RC213V-S telah mula dijual sejak 13 July 2015 dan akan mula dihantar kepada pelanggan pada tahun baru 2016.
The post PENGEDAR HONDA UK JADI PEMILIK PERTAMA RC213V-S appeared first on Biker Malaysia.
Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com