~ Auto Buzz ~: IBU DUA ANAK TERSELAMAT KEMALANGAN MOTOSIKAL 321KM/J

Tuesday 25 August 2015

IBU DUA ANAK TERSELAMAT KEMALANGAN MOTOSIKAL 321KM/J



Becci Ellis

Seorang ibu kepada dua orang anak yang pernah diiktiraf sebagai penunggang motosikal wanita terpantas di dunia terselamat apabila terbabas ketika memecut pada kelajuan 321 kilometer sejam dalam satu pertandingan motosikal di sebuah lapangan terbang di North Yorkshire.

Dengan menunggang superbike 1300cc Suzuki Hayabusa, Becci Ellis, 46, cuba menewaskan rekod kelajuan yang dipegangnya sebelum ini iaitu 424 kilometer sejam dan mencapai kelajuan 408 kilometer sejam ketika terbabas akibat perubahan gerakan angin.

Penonton termasuk suaminya, Mick hanya mampu melihat motosikal ditunggang Ellis terbabas dan terseret 402 meter sebelum terhumban daripada motosikal tersebut.

Terima kasih kepada plat besi perisau di dalam sut lumba beliau, ibu kepada dua orang anak itu terselamat dan hanya mengalami patah buku lali dan kecederaan ringan yang lain. Malahan beliau dapat meneruskan menonton pertandingan tersebut hanya selepas 8 jam berada di hospital.

Berehat di rumahnya di Scunthorpe, Puan Ellis berkata: “Saya sedang memecut dan mensasarkan kelajuan 408 Km/h apabila sedar ada angin memintas. Saya masih berada pada kelajuan sekitar 354 Km/h dan tiba-tiba saya sudah berada di atas padang rumput”

1413026437362_Image_galleryImage_BNPS_co_uk_01202_558833_P

The post IBU DUA ANAK TERSELAMAT KEMALANGAN MOTOSIKAL 321KM/J appeared first on Biker Malaysia.



Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com

Share This: