~ Auto Buzz ~: MENANGI SKUTER PEPSIMOJI EDISI ISTIMEWA DARI SYM DENGAN MENJADI PELANGGAN DOMINO’S PIZZA

Thursday, 20 October 2016

MENANGI SKUTER PEPSIMOJI EDISI ISTIMEWA DARI SYM DENGAN MENJADI PELANGGAN DOMINO’S PIZZA



capture

Dari 4 Oktober hingga 13 November, pelanggan Domino’s Pizza berpeluang untuk memenangi 2 buah skuter Attila Elizabeth smart idle edisi istimewa dari SYM yang bernilai RM15,000. Apa yang perlu mereka buat adalah dengan menyertai peraduan ‘The Perfect Deal’ yang dianjurkan oleh Domino’s Pizza. Skuter tersebut yang hadir dengan gaya retro namun dihiasi oleh emojis menjadikan ianya sebuah motosikal unik yang kena dengan gaya hidup masakini. Yang menariknya skuter ini dipasang khas di Malaysia bagi tujuan peraduan ini.

Selain dilengkapi dengan sistem suntikan petrol (EFI), Skuter 125cc Attila Elizabeth dari SYM ini juga datang khas dengan SMART IDLE, iaitu salah satu fungsi moden yang kebiasaannya hanya hadir kepada barisan motosikal dari Utara Amerika Syarikat. Fungsi ini membolehkan enjin hidup dan mati secara automatik untuk mengurangkan penggunaan petrol, mengurangkan asap dari ekzos, getaran dan juga bunyi bising. Enjin akan dipadamkan secara automatik apabila motosikal tersebut tidak bergerak lebih dari 3 saat dan dihidupkan semula sebaik sahaja pendikit dipulas.

Tangki minyak yang berkapasiti 6 liter diletakkan di bahagian hadapan motosikal ini bagi memudahkan pengisian semula petrol. Selain itu motosikal ini juga hadir dengan ruang simpanan sebesar 20 liter yang berada di bawah tempat duduk untuk kegunaan mengisi topi keledar dan juga barang-barang yang lain. Antara fungsi unik yang lain pula termasuklah lampu depan dan lampu isyarat sisi spesifikasi EURO, panel meter LCD dan suis kunci pelbagai fungsi.

Spesifikasi Enjin
Jenis Enjin: 4 Lejang SOHC, 124.6 cc
Kuasa: 8.3 ps @ 7500 rpm
Torque: 8.6 Nm @ 6500 rpm
Kelajuan maksimum: = 80 km/h
Penyejukan: Penyejukan angin

Dimensi badan
Berat: 122 kg
Panjang: 1805 mm
Lebar: 655 mm
Tinggi: 1145 mm
Tayar 100/90-10 tubeless

Cara untuk menyertai peraduan ‘The Perfect Deal Contest’ dari Domino’s Pizza ini adalah mudah. Selepas membeli sebarang menu pizza dari Domino’s Pizza, pelanggan boleh ke laman web www.dominos.com.my untuk mengisi ID tempahan, isi borang borang peraduan dan jawab dua soalan mudah untuk berpeluang memenangi skuter unik edisi terhad dari SYM ini. Selain itu, bagi setiap pelanggan yang menyertai peraduan ini akan mendapat satu e-kupon Pizza Regular percuma yang mana akan dikreditkan kepada akaun pelanggan. Kupon ini boleh digunakan pada pembelian seterusnya.

photo-2 photo-3 photo-4 photo-5

The post MENANGI SKUTER PEPSIMOJI EDISI ISTIMEWA DARI SYM DENGAN MENJADI PELANGGAN DOMINO’S PIZZA appeared first on Biker Malaysia.



Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com

Share This: