~ Auto Buzz ~: SUZUKI PERKENAL MODEL KONSEP GSX

Thursday, 1 October 2015

SUZUKI PERKENAL MODEL KONSEP GSX



093015-suzuki-gsx-concept-f-633x388

Suzuki telah mendedahkan konsep sportbike generasi akan datang. Mungkin “ukiran” adalah sedikit lebih tepat daripada “konsep”, kerana ia kelihatan seperti sebuah hasil seni daripada kenderaan yang berfungsi. Suzuki sebenarnya menggambarkan ia sebagai objek konsep dan bukan motosikal konsep.

Menurut Suzuki, Gagasan GSX “melambangkan motosikal berprestasi tinggi yang memgang nama GSX. Ia memberikan bentuk kepada Suzuki dan membangkitkan semangat model sportbike masa depan yang bakal dilahirkan “

Lampu hadapannya kelihatan seperti evolusi squintier daripada GSX-R, yang mana direka sehingga ke sisi atas sepasang unit pengambilan udara. Bodywork menunjukkan tanda-tanda sifat pra-2011 GSX-R600 tetapi dengan kurang jurang; kami agak terkejut kerana konsep ini tidak kelihatan seperti Suzuki GSX-RR MotoGP prototaip.

Suzuki akan memperkenalkan Konsep GSX 2015 di Tokyo Motor Show pada akhir Oktober ini, dan model pengeluaran dijangka akan mula dipasarkan pada musim luruh tahun ini.

The post SUZUKI PERKENAL MODEL KONSEP GSX appeared first on Biker Malaysia.



Gadget Reviews: mamaktalk.com
Car Reviews: automoview.com
Entertainment News: 38today.com
Today's Promotions: freepromotoday.com

Share This: